Gaharu berasal dari perkataan Sanskrit iaitu "agaru" yang bererti kayu berat (tenggelam) yang menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma yang harum apabila dibakar. Kayu gaharu dikenali sebagai agar wood, aloes wood dan eagle wood.
Kayu gaharu mengandungi bahan agarospirai, jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome pula menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar.
Pengguna gaharu merentasi sempadan negara, bangsa dan agama. gaharu digunakan untuk tujuan keagamaan dan di timur tengah, gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah. Manusia menggunakan gaharu semasa hidup dan ketika berlaku kematian. Ia digunakan juga untuk tujuan perubatan dan juga kecantikan.
Daun, akar dan kulit kayu gaharu digunakan sebagi ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, anti kanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.
Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad lalu kerana baunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga. Serbuk daripada batangnya digunakan untuk menghasilkan barangan kecantikan, sabun, lilin, ubat-ubatan dan minyak wangi.
Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stress. Ia juga penyakit digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti kegatalan dan bengkak. Minyak gaharu dapat memberi ketenangan dan kerehatan minda. Ia juga dapat menyembuhkan kesan terbakar, menghalang pengeluaran peluh secara berlebihan serta membantu keseimbangan badan.
Pati minyak dan adunan kayu gaharu berkhasiat merawat kulit seperti jerawat, ulser dan ruam. Khasiat kayu yang pelbagai menyebabkan kayu gaharu digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk wangian, ubat salap, losyen, barangan hias diri dan minyak urutan.
Antara khasiatnya seperti berikut:
- Mengurangkan dan melegakan stress (aromatheraphy)
- Memberi keyakinan diri serta senang didampingi dan berkomunikasi juga mengawal kemarahan serta menstabilkan hormon.
- Membantu mengubah sikap keperibadian serta mengatasi tekanan perasaan.
- Membantu mencerdaskan minda dan IQ.
- Membantu mengatasi sikap panas baran.
- Membantu memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan juga mudah mendapat idea serta pintar dan bijak.
- Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan juga menambah ketenangan serta merehatkan fikiran.
- Memulihkan tenaga semulajadi.
Dari hasil penelitian yang ada, gaharu dikenali mampu mengobati penyakit stress, asma, liver, ginjal, radang lambung, radang usus, rhematik, tumor dan kanser. Kini penggunaan gaharu sebagai ubat terus meningkat. Sampai saat ini, pemanfaatan gaharu masih dalam bentuk bahan baku (kayu bulatan, cacahan, bubuk, atau fosil kayu yang sudah terkubur. Setiap bentuk produk gaharu tersebut mempunyai bentuk dan sifat yang berbeza.
Gaharu mempunyai kandungan resin atau damar wangi yang mengeluarkan aroma dengan keharuman yang khas. Dari aromanya itu yang sangat popular bahkan sangat disukai oleh masyarakat negara-negara di Timur Tengah, Arad Saudi, Yaman, Oman, dataran China, Korea dan Jepun sehingga diperlukan sebagai bahan asas industri perfume, ubat-ubatan, kosmetik dan pengawet berbagai jenis aksesori.
Dengan seiringnya perkembangan ilmu pengtahuan dan teknologi industri, gaharu bukan hanya berguna sebagai bahan untuk industri wangi-wangian sahaja, tetapi juga secara klinikal dapat dimanfaatkan sebagai ubat. Gaharu boleh diguna sebagai ubat anti asma, anti mikroba, stimulant kerja saraf dan pencernaan, ubat sakit perut, perangsang nafssu berahi, penghilang rasa sakit, kanser, tersedak, tumor paru-paru, ubat tumor usus, penghilang stress, gangguan ginjal, hepatitis, sirosis dan kosmetik untuk (perawat wajah dan menghaluskan kulit).